Kelas Quizzi (Bahasa Melayu) Tahun 5

26 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

25 Oktober 2020 – Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui telah menjalankan kelas Quizzi (Bahasa Melayu) untuk para pelajar tahun 5. Kelas ini dijalankan di dalam bilik latihan Pusat Ekonomi Digital .

Kelas ini dijalankan untuk menguji minda dan kefahaman para pelajar di dalam menyelesaikan permasalahan yang telah disediakan di dalam laman digital Quizzi dalam masa yang ditetapkan. Kelas ini dihadiri oleh 7 orang para pelajar dan berlangsung selama 1 jam bermula pukul 10.00 pagi – 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali